Berita Dari PPKI



Untuk membaca berita, sila klik pada keratan akhbar di atas.

Laporan oleh : Cg. Zakaria

Pelancaran Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia

POST MORTEM

Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan Larian 1M 1S pada hari Sabtu, 02 Julai 2011 serentak di seluruh Negara dan dilancarkan oleh YAB Tan Sri Muhyidin bin Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran.

Program Pelancaran Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia Peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu 2011 (SMK Tembila , Besut , Terengganu) telah dilaksanakan dengan jayanya pada 02 Julai 2011, bermula jam 7.30pagi dan pelancarannya disempurnakan oleh Encik Shafii bin Yaacob, Pengetua SMK Tembila.

Larian 1M 1S 1M dijalankan dengan objektif untuk meningkatkan kecerdasan jasmani, membentuk sahsiah, peribadi, jati diri, menjalinkan hubungan erat warga sekolah dengan ibubapa dan memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Sasaran penyertaan adalah 400 orang pelajar dan 150 orang ibubapa.

Pencapaian.

Larian ini dilihat telah memberi satu pengalaman baru dan pengetahuan positif kepada pelajar, guru dan ibu bapa tentang maksud 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagaimana yang dikehendaki oleh KPM. Larian ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga sekolah dengan keluarga pelajar.

Penyertaan pelajar adalah penuh sebagaimana sasaran manakala penyertaan ibu bapa tidak menepati sasaran. Ini mungkin disebabkan kekangan tugas masing-masing. Namun begitu kita berbangga kerana ibubapa yang hadir telah membawa bersama keluarga masing-masing walaupun tidak sepenuhnya. Warga guru juga tidak ketinggalan memberi sokongan dan kerjasama yang padu demi menjayakan program ini.

Satu kekurangan yang berlaku iaitu tayangan pelancaran perasmian oleh YAB Menteri Pelajaran yang disiarkan secara langsung melalui laman eduwebtv, tidak dapat dilaksanakan akibat daripada gangguan talian walaupun kelengkapan telah disediakan.

Larian dan aktiviti pada hari tersebut diakhiri dengan acara penutup dan penyampaian hadiah di Ruang Tembila Bestari disertai dengan jamuan ringkas dan telah tamat secara rasmi pada jam 12.30 tengah hari.