Beban tugas guru kian mencabar

Rencana dari Harian Metro, 24.04.2011

Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
rencana@hmetro.com.my

PERHUBUNGAN guru dan pelajar yang dulunya berlangsung secara harmonis, saling menghormati serta mendapat pengiktirafan masyarakat, kini semakin berantakan.

Bukan saja pelajar dilanda masalah disiplin guru juga semakin mula menunjuk lagak dengan tindakan membelakang­kan nilai kemanusiaan dan kewarasan.

Dan masyarakat pula mula diasak pelbagai pertanyaan dan persoalan mengenai nilai serta kredibiliti guru. “Adakah guru boleh mendidik?”, “Guru sudah hilang akalkah hingga sanggup mendera dan menghukum pelajar seperti haiwan?” serta pelbagai lagi persoalan yang memerlukan jawapan segera.

Malangnya, semakin banyak salah laku guru didedahkan, masih ada yang berani berterusan menongkah arus dengan mengambil jalan penyelesaian sendiri seolah-olah tragedi yang berlaku tidak mampu mening­galkan peringatan.


Persoalannya, mengapa­kah guru masih tidak mahu mengambil iktibar? Adakah keberanian itu kerana berasa diri kebal dengan status terhormat yang diberikan masyarakat ataupun dibelenggu faktor lain hingga menjadikan mereka bertindak tanpa kewajaran.

Bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Kedah, Zuraidi Rahim, berkata masyarakat seharusnya memahami guru hanya manusia biasa yang tidak lekang daripada melakukan kesilapan.

Menurutnya, status guru ha­nya disandang kerana terbabit dengan kerjaya berkenaan manakala secara khususnya, mereka masih seperti anggota masyarakat lain yang berdepan dengan tekanan dan cabaran.

“Apabila masyarakat meng­gunakan status guru dalam membuat penilaian, secara tidak langsung membabitkan keseluruhan golongan berkenaan. Dengan kata lain, kalau seorang bermasalah, semuanya seolah-olah melakukan kesalahan serupa dan patut dihukum.

“Sedangkan yang bermasalah hanya seorang dua. Hakikat­nya, mereka tetap sama seperti orang lain yang melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan cabaran masing-masing,” katanya.

Kebelakangan ini imej guru serta sistem pendidikan negara bagaikan tercalar teruk dengan pelbagai insiden luar jangkaan menjadikan masyarakat mula menilai dan memperkatakan profesionalisme golongan terbabit.

Jika dulu guru hanya meng­gunakan pendekatan rotan bagi tujuan mendidik, kini ada pula berani menggunakan kekerasan fizikal atas alasan sama. Malangnya kekerasan itu berakhir pula dengan tragedi.

Beliau berkata masyarakat boleh menyalahkan guru yang bersalah, namun perlu adil membuat penelitian terperinci sebelum menjatuhkan andaian.

Akuinya, ada guru berdepan dengan tekanan persekitaran luar biasa yang menjadi punca tindakan luar kewarasan, ditambah bebanan kerja serta sikap pelajar yang bermasalah.

“Dunia pendidikan hari ini tidak sama seperti dulu. Cabaran keterlaluan bukan saja persekitaran tapi sikap segelintir masyarakat yang bongkak serta lepas tangan menjadikan guru seperti ditindas.

“Masyarakat tidak boleh memaksa untuk memenuhi kehendak mereka secara total, malangnya berapa ramai mahu memahami? Kesudahannya apabila sentiasa ditekan dan tertekan, mereka boleh hilang pertimbangan.

“Apabila timbul isu membabitkan guru, masyarakat pula memberikan hukuman dan komen negatif sedang­kan kebenaran masih belum terbukti. Ini menambah lagi beban guru yang sudah sedia terbeban,” katanya mengakui cabaran besar guru hari ini berlegar kepada matlamat untuk memuaskan hati ibu bapa dan masyarakat.

“Malangnya dalam memastikan usaha itu berjaya, banyak halangan perlu dihadapi, namun tidak semua memberi sokongan menjadikan tugas guru semakin sukar. Ditambah tekanan memenuhi standard tugasan, persekitaran, bilik darjah, keluarga dan sebagainya, guru pasti sukar ‘bernafas’.

“Jadi mengapa masyarakat tidak mahu memudahkan tugasan itu dengan bersama menggembleng usaha dan memberi ruang privasi kepada guru mencorakkan sendiri tanggungjawab? Saya percaya cara itu dapat membantu mereka lebih berdaya saing dan kurang tekanan,” katanya.

Beliau bagaimanapun akur ada guru mempunyai emosi tidak stabil, bercelaru dan memerlukan rawatan sama ada berbentuk dorongan psikologi atau perubatan.

“Masalahnya, mereka berkelakuan normal namun bahaya kepada pelajar. Guru seperti ini memerlukan pemerhatian khusus dan sekolah terutama pentadbiran perlu peka kerana membabitkan soal keselamatan.

“Bagaimanapun, jangan meletakkan kesalahan atau noktah penamat terhadap perlakuan itu. Jika boleh dibantu, hulurkan bantuan ataupun merujuk kepada mereka yang lebih arif dan pakar untuk membantu,” katanya.

Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Ab Aziz Mohd Yatim, berkata tekanan terhadap komitmen tugas yang perlu dilaksanakan mengikut standard tertentu memungkinkan guru bertindak di luar batasan.

Menurutnya, guru yang tidak sanggup lagi menerima tekanan boleh bertindak di luar kawalan termasuk melempiaskan kemarahan kepada pelajar tanpa disedari hingga mengakibatkan masalah lain.

“Dulu, guru boleh mencorakkan cara pengajaran sendiri tanpa perlu memberi banyak komitmen terhadap tugasan lain. Berbanding sekarang, terlampau banyak kerja remeh temeh terpaksa dilakukan termasuk tugas dokumentasi yang perlu diserahkan kepada pihak tertentu.

“Tekanan demi tekanan di samping tidak mendapat sokongan persekitaran menyebabkan segelintir guru akhirnya tertekan. Untuk menyalur atau meredakannya, mereka menzahirkan kepada golongan yang tidak mampu melawan dan kebiasaannya pelajar menjadi pilihan.

“Malangnya, ramai tidak prihatin terhadap masalah ini dan melambakkan segala tang­gungjawab pada guru. Apatah lagi kebanyakan pelajar hari ini ‘tidak makan saman’ menyebabkan guru bagai terpaksa mengambil tindakan luar biasa untuk mengimbangi keadaan meskipun salah,” katanya.

Beliau berharap guru yang berasakan diri bermasalah agar dengan rela hati bertemu kaunselor atau pihak bertauliah untuk meredakan tekanan dan mencari alternatif terbaik untuk mengawal diri.

“Jika berasakan diri bermasalah, jumpa kaunselor untuk mencari penyelesaian. Tidak usah malu dan ketepikan persepsi buruk orang lain demi kebaikan diri sendiri.

“Amat malang sekali imej guru yang selama ini dihormati tercalar gara-gara masalah yang boleh diselesaikan. Dalam hal ini, masyarakat atau pelajar tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana mereka berhak untuk bersuara,” katanya.

Bapa pelajar sekolah menengah di Alor Setar, Kedah, Izir Ahmad, berkata guru yang melepaskan kemarahan kepada pelajar dianggap tidak profesional dan melanggar batas tanggungjawab diamanahkan.

“Saya akui ada pelajar hari ini sangat degil, namun sebagai guru dan orang dewasa, perlu bertindak secara matang untuk mengawal perasaan. Walaupun perasaan bersifat subjektif, namun ia boleh dibentuk dengan pemikiran positif.

“Sebagai bapa, saya juga gusar melepaskan anak ke sekolah untuk dididik oleh guru bermasalah. Bagaimanapun saya yakin hanya segelintir guru saja yang bermasalah manakala yang lain masih berdedikasi untuk mendidik pelajar menjadi cemerlang,” katanya.

PK Kokurikulum 2003 -2011

JASAMU DIKENANG

Hari Guru 2011

FESTIVAL HARI GURU 2011

Salam sejahtera daripada Utusan Melayu (M) Berhad.
Sukacita dimaklumkan Utusan Melayu (M) Berhad melalui Unit Pendidikan Utusan Malaysia telah diberi kepercayaan sekali lagi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menganjurkan Festival Hari Guru yang berkonsepkan 1 Pendidikan 1 Malaysia sempena meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2011. Butiran penganjuran adalah seperti berikut:

Tarikh : 13 – 16 Mei 2011

Lokasi : Kuching Waterfront , Sarawak

Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan mengambil peluang ini sebagai pempamer atau rakan acara dengan membuat tempahan awal dengan membeli gerai pada kedudukan yang lebih strategik. Sebagai timbal balas, pihak Utusan Malaysia akan memberi publisiti akhbar kepada syarikat/agensi tuan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:

http://www.adap.com.my

Pekeliling

Pekeliling ( sedutan dari laman KPPK)

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Tahun 2010Pekeliling | Surat Pekeliling | Surat Edaran
Tahun 2009Pekeliling | Surat Pekeliling | Surat Edaran



Kementerian Pelajaran Malaysia

Tahun 2010Pekeliling Ikhtisas | Lain-lain Pekeliling
Tahun 2009Pekeliling Ikhtisas | Lain-lain Pekeliling



Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Tahun 2010Pekeliling
Tahun 2009Pekeliling



Kementerian Kewangan Malaysia

Tahun 2010Pekeliling Perbendaharaan
Tahun 2009Pekeliling Perbendaharaan

Lain-Lain Pekeliling:

Obesiti pelajar direkod dalam kad laporan

PETALING JAYA 17 April - Mulai sekarang, indeks jisim badan (BMI) setiap pelajar akan direkodkan di dalam kad laporan prestasi oleh guru untuk perhatian ibu bapa.

Arahan serta-merta itu dibuat oleh kerajaan dalam usaha menangani peningkatan masalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan rakyat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebelum ini, BMI tidak dicatatkan dalam kad laporan pelajar menyebabkan sesetengah ibu bapa tidak mengawal pemakanan anak-anak kerana tidak tahu sama ada berat badan mereka ideal, terlebih atau obes.

"Langkah itu diharap dapat membantu ibu bapa yang mempunyai anak dengan berat badan berlebihan mendapatkan nasihat klinik kesihatan berdekatan bagi mendapatkan kembali berat badan ideal,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) dan melancarkan kad ahli PPKK 2010-2013, di sini hari ini.

Selain itu, jelasnya, penjualan makanan yang tidak berkhasiat, contohnya mengandungi gula dan garam berlebihan serta minuman ringan di kantin sekolah, tidak lagi dibenarkan berkuat kuasa serta-merta.

Tambahnya, langkah itu yang dipersetujui dalam satu mesyuarat jawatankuasa dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 4 April lalu adalah permulaan untuk memperkenalkan gaya hidup lebih sihat.

"Ini berikutan Malaysia berada pada kedudukan keenam di Asia sebagai negara yang mempunyai orang dewasa dengan kadar obesiti yang tinggi," katanya.

Ujar Tiong Lai, kajian terbaru Kementerian Kesihatan juga menganggarkan kira-kira 1.7 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mengalami obesiti.

Katanya, situasi itu amat membimbangkan kerana obesiti meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit diabetes, kardiovaskular dan beberapa jenis kanser.

Terdahulu, berucap pada majlis itu, Tiong Lai berkata, negara masih dibelenggu masalah penyakit tidak berjangkit seperti diabetes yang kini menduduki tangga teratas dalam 10 senarai penyebab utama kemasukan dan juga kematian di hospital kerajaan.

"Kurang bersenam, terdedah kepada makanan yang mempunyai kalori dan kandungan garam serta merokok adalah faktor penyumbang kepada ancaman penyakit ini.

"Dianggarkan 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa menghidap diabetes dan 4.8 juta menghidap darah tinggi," ujarnya.


Dipetik dari; Utusan malaysia Online

Pengenalan


NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TEMBILA

ALAMAT : KG. PANGKALAN KUBUR, JALAN TEMBILA,
22200 BESUT, TERENGGANU.

KOD SEKOLAH : TEA 0075

TELEFON : 09-6955324

FAKSIMILI : 09-6955325

EMAIL : smktba.ppdbesut@gmail.com

WEB : http://www.smktba.blogspot.com

LOKASI : GOOGLE MAP

PENTADBIRAN;

PENGETUA : EN ABDUL RAHIM B ABDULLAH
PK 1 : TUAN HAJI MOHD SALLEH BIN CHE WAN
PK HEM: PN. HJH. ROHANI BT ALI @ WAHAB
PK KO : ENCIK ADNAN BIN ABD KADIR
PK PK : ENCIK MOHD ZAKARIA BIN MAT SEMAN
KB SAINS & MATH. : TUAN HAJI ZAINAL ABIDIN BIN AB GHANI
KB BAHASA: PUAN SALINA BT SULAIMAN
KB KEMANUSIAAN: PUAN HJH KELSOM BT CHE AHMAD
KB VOTEK : ENCIK RADZALI BIN SHAFIE
KAUNSELOR : ENCIK ASMAWI BIN RAMLI , PN. NIK FAUZIAHANA BT NIK HASSAN