Tips : Guru dekati hati pelajar

Guru yang dekat di hati pelajar :

1. Sentiasa hadir ke sekolah - Tempat seorang guru ialah bersama-sama pelajarnya di dalam kelas, jika seorang guru itu tiada bersama-sama pelajarnya, bermakna guru itu tidak mengajar. seseorang guru mungkin terpaksa meninggalkan kelas atau pelajarnya atas sebab-sebab rasmi atau peribadi, tetapi adalah dinasihatkan tidak terlalu kerap. Mungkin ada ketikanya anda berasa kurang sihat, jika tidak serius, cuba hadirkan diri ke sekolah. guru tetap yang kurang sihat adalah 10 kali lebih baik dari guru ganti yang sihat.

2. Sentiasa ada bila diperlukan - Anda perlu membantu pelajar setiap masa. Ini bermaksud sebelum waktu persekolahan, rehat atau selepas. Anda tidak perlu melakukannya sepanjang masa. Mungkin 2 hari dalam seminggu...

3. Kenal pelajar mereka secara lebih dekat - Berbual dengan mereka semasa mengajar dan di luar bilik darjah. Lebih banyak anda mengetahui tentang mereka, lebih mudah anda menyesuaikan diri dengan mereka.

4. Perlu kenal ibubapa pelajar - Dapatkan nombor telefon ibubapa mereka. Prestasi mereka akan meningkat dan akan lebih bersopan apabila mereka tahu andamengenali dan sering berbual dengan ibubapa mereka.

5. Tahu apa yang mereka ajar - persediaan secukupnya sebelum memasuki kelas.

6. Menghadiri setiap acara sekolah - kehadiran dalam setiap acara sekolah akan menunjukkan kepada pelajar bahawa anda mengambil berat tentang mereka dan sentiasa menyokong kegiatan mereka

7. Tinggal dalam kejiranan sekolah - lebih kerap pelajar melihat anda maka lebih baik kelakuan dan sikap mereka di dalam kelas.

8. Makan di kantin sekolah - cuba makan bersama pelajar di kantin.

9. Sentiasa berlaku adil - menilai dan melayan pelajar berdasarkan kemampuan mereka.

10. Tidak akan hilang sabar - tahan kemarahan dan jangan terbawa-bawa dengan emosi.Tangani masalah secara profesional.


dipetik dan diubahsuai dari : the teacher,julai 2009.

No comments