Majlis temu murni PMR dan SPM

Majlis berlangsung di Dewan Besar SMKT pada hari Ahad ,13 Julai 2008 bermula jam 7.40pagi hingga 10.30pagi. Majlis ini adalah anjuran Projek Kecemerlangan PMR, Projek Kecemerlangan SPM dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.




Program Kesedaran Bahaya Merokok, HIV dan AIDS


Ceramah oleh wakil Pusat Kesihatan
(Cg. Faiz membantu pelajar CP)

Sejarah Sekolah

SMK Tembila mula beroperasi pada 1 Jun 2003. Serahan pihak kontraktor pada 30 Jun 2003. Mesyuarat guru kali pertama berlangsung pada 8 Julai 2003. Pengetua pertama adalah Tuan Haji Abdullah bin Md Noor. Pengerusi Penaja PIBG - Encik Samad bin Daud. Ketua Pelajar pertama Abd. Somad bin Yahya.

Kumpulan pelajar pertama seramai 183 orang mula mendaftar pada 16 Julai 2003. Bilangan kelas yang dibuka adalah 7 kelas.
Tingkatan 1 : 101,102,103 dan 104
tingkatan 2 : 201,202 dan 203.