Majlis Sambutan Mauludur Rasul 2012









Lihat Gambar seterusnya di Laman Muka Buku SMKT

Guru tidak akan naik pangkat secara automatik: Muhyiddin


2012/02/18

BALIK PULAU: Kenaikan pangkat guru tidak akan berlaku secara automatik sebaliknya mereka harus melalui pelbagai proses termasuk temu duga, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kaedah kenaikan pangkat guru terbabit akan diputuskan selepas perbincangan antara Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan kerajaan selesai kelak.
"Berkaitan soal kebajikan guru kita sudah ambil kira. Tetapi apapun, keputusan muktamad belum tercapai kerana urusan ini sudah kita bawakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam disamping perbincangan di peringkat wakil kesatuan dan CUEPACS, katanya pada pemberita selepas menghadiri majlis kenduri rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, di sini, hari ini.
Katanya, isu kenaikan pangkat itu bagaimanapun dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik seramai 15,000 guru lepasan ijazah yang belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diselesaikan pada April ini. - BERNAMA

Soalan Kerja Kursus PMR 2012

Soalan Kerja Kursus Geografi PMR 2012



Pertukaran Murid

DOKUMEN URUSAN PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PERLU DIKEMUKA OLEH IBUBAPA / PENJAGA KEPADA PIHAK SEKOLAH

1. Salinan Borang SRTATS (diisi ibubapa/penjaga)
2. 2 Salinan surat beranak
3. 2 Salinan IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan surat nikah
5. 2 Surat hak jaga anak (kes cerai)
6. 2 Surat anak angkat (jika anak angkat)

7. Bil air/letrik/cukai pintu (sah alamat terkini)

DOKUMEN URUSAN PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PIHAK SEKOLAH PROSES DAN KEMUKAKAN KEPADA PPD/JPN

1. 4 Salinan Borang P.U.(A) 275 Jadual iii (diisi pihak sekolah)
2. 2 Salinan surat beranak
3. 2 Salinan IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan surat nikah
5. 2 Surat hak jaga anak (kes cerai)
6. 2 Surat anak angkat (jika anak angkat)


DOKUMEN URUSAN KEMASUKAN MURID MENGIKUT UMUR DARI SEKOLAH SWASTA /SAR/DARI LUAR NEGARA/CICIR/TAK PERNAH SEKOLAH
1. 2 Salinan Borang Permohonan - JPNT/SPS-REN/09
2. 2 Salinan surat beranak
3. 2 Salinan IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan surat nikah
5. 2 Surat hak jaga anak (kes cerai)
6. 2 Surat anak angkat (jika anak angkat)


KEMASUKAN MURID TANPA SIJIL LAHIR


1. Perlu pengesahan kelahiran
2. Anak Wargenegara
3. Ada bukti kelahiran di Malaysia
4. Mengisi borang daftar lewat
5. Membuat permohonan daftar lewat di Jabatan Pendaftaran Negara
6. Membuat permohonan di JPN



URUSAN PERTUKARAN MURID PRASEKOLAH
1. Tidak ada sebarang pertukaran bagi murid prasekolah
(kerana tidak semua sekolah ada kelas prasekolah
dan ianya juga melibatkan peruntukan perkapita
khas murid yang tidak boleh dipindahkan)


URUSAN KEMASUKAN & PENEMPATAN MURID BUKAN WARGANEGARA
Semua permohonan Murid Bukan Warganegara diproses dan diluluskan OlehJabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang berkaitan. Jika terdapat kes yang tidak dapat diselesaikan di peringkat JPN, permohonan ini akan di panjangkan ke Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tindakan selanjutnya.