Guru perlu fahami Pentaksiran Berasaskan Sekolah


BAHAGIAN Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran berdepan tugas berat bagi melengkapkan kemahiran kira-kira 420,000 guru sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menghadapi perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Pengarahnya, Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman berkata, pihaknya perlu menyediakan program latihan yang sesuai dan mencukupi bagi meningkatkan pemahaman di kalangan guru terhadap perlaksanaan PBS sekali gus menepati hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang lebih berkualiti.
Menurutnya, guru perlu dilengkapi dengan latihan kemahiran yang memenuhi tahap perlaksanaan PBS sebelum sistem pembelajaran baharu tersebut dilaksanakan sepenuhnya tahun depan.
"Paling penting, guru perlu memahami konsep perlaksanaan sistem PBS ini kerana jika tidak faham, macam-macam masalah yang mungkin akan ditimbulkan oleh guru misalnya pertambahan bebanan kerja dan lain-lain isu, " katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.
Sistem PBS adalah salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi.
Ia mula dilaksanakan di sekolah rendah pada tahun 2011 dan dijadualkan menjelang tahun 2016, murid-murid sekolah rendah akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah ditambah baik.
Bagi peringkat sekolah menengah, sistem PBS baru digerakkan dan dijangka dalam tempoh dua tahun berikutnya, ia akan mula dilaksanakan bagi penambahbaikan pada Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Pada masa yang sama, kata Mohd. Ghazali, latihan dan pemahaman yang disalurkan kepada guru perlu dilaksanakan secara berperingkat sebelum sistem baharu dapat dilaksanakan sepenuhnya nanti.
Tegasnya, selain guru, para ibu bapa juga perlu diberikan pemahaman yang jelas mengenai perlaksanaan PBS agar tidak timbul kecelaruan dengan membuat tanggapan negatif terhadap sistem pembelajaran baharu itu.
"Pada masa ini, kita sudah mengerakkan program latihan kepada guru sehingga ke peringkat tingkatan dua dan kita jangkakan menjelang tahun depan, sistem PBS ini sudah boleh dilaksanakan.
"Kita bimbang jika guru tidak diberi latihan pemahaman yang secukupnya, mereka akan laksanakan pembelajaran cara lama dan akhirnya timbul masalah," ujarnya.
Menurut beliau, pihaknya menerima reaksi yang positif daripada guru yang pernah menjalani latihan pemahaman PBS dan turut mengakui bahawa perlaksanaan konsep pembelajaran baharu itu lebih menyeronokkan serta bersesuaian dengan keperluan pendidikan semasa.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121022/pe_02/Guru-perlu-fahami-Pentaksiran-Berasaskan-Sekolah#ixzz2BVeJiVif
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kemasukan ke IPTA 2013/14

Penilaian 10% Markah Kokurikulum sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam sesi 2013/2014

 Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia
Penilaian 10% Markah Kokurikulum sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam sesi 2013/2014.


PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2013/2014

Renungan - berpakaian tetapi telanjang

Soalan:
Mengapa masih ramai perempuan yang tidak mengambil berat persoalan aurat dengan memakai pakaian yang merangsang syahwat lelaki. Saya rasa tidak salah untuk mengatakan kejadian rogol dan buang bayi ini yang berlaku adalah kesan daripada perempuan yang mendedahkan aurat sehingga merangsang syahwat lelaki. Apa pendapat ustaz? Saya juga ingin bertanya mengenai hukum menghias rumah dengan ukiran? Adakah Islam mengharamkannya?
PAK MAN Gombak, Selangor.

Jawapan:
Antara sebab utama masih ramai dalam kalangan perempuan yang masih memakai pakaian yang tidak menutup aurat atau menutup aurat tetapi tidak sempurna adalah faktor kejahilan berkaitan persoalan agama. Mungkin ada yang tahu hukum menutup aurat tetapi mereka ini sombong seperti yang disebut oleh Rasulullah SAW iaitu menolak kebenaran. Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang kelihatan bentuk tubuh dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk antaranya ialah pakaian yang dapat mempertajam bahagian tubuh terutama tempat yang membawa fitnah seperti buah dada, paha dan sebagainya. Golongan ahli neraka Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya: Pertama, kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu yang mereka buat untuk memukul orang (maksudnya pemerintah yang kejam). Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol (bukhtun) unta. Mereka ini tidak boleh masuk syurga dan tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat terhidu sejauh perjalanan sekian dan sekian. Mereka dikatakan berpakaian kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi untuk menutup aurat kerana itu mereka dikatakan telanjang kerana pakaiannya terlalu nipis sehingga memperlihatkan tubuh seperti yang dipakai oleh sebahagian pakaian perempuan sekarang. Bukhtun adalah salah satu jenis unta yang mempunyai bonggol besar. Rambut orang perempuan seperti bonggol unta kerana rambutnya ditarik ke atas. Jika diperhatikan kepada hadis itu seolah-olah Rasulullah SAW melihat apa yang berlaku pada zaman sekarang ini iaitu ramai perempuan cenderung untuk membuat rambut dengan pelbagai fesyen dalam salun yang disebut sebagai salun kecantikan, manakala ramai lelaki yang bekerja di salun kecantikan dengan upah yang sangat tinggi. Ada juga perempuan yang berasa tidak puas dengan rambut asli kurniaan Allah. Kerana itu mereka membeli rambut palsu yang disambung dengan rambutnya yang asli supaya kelihatan lebih cantik sehingga ia menjadi perempuan yang menarik dan memikat hati. Islam tidak melarang penganutnya menghias rumah dengan karangan bunga yang berwarna-warni dan ukiran-ukiran serta hiasan yang halal. Oleh kerana itu Allah SWT berfirman dalam surah al-Araf ayat 32 yang bermaksud: Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah Ia keluarkan untuk hamba-hamba-Nya. Sekali lagi ingin mengatakan bahawa seorang Muslim tidak berdosa untuk menghiasi rumahnya, pakaiannya, kasutnya dan sebagainya. Hal ini kerana Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis riwayat Muslim (yang bermaksud): Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada perasaan sombong sekalipun sebesar zarah. Kemudian ada seorang lelaki bertanya: Ya Rasulullah! Seseorang itu suka kalau pakaiannya baik, dan kasutnya baik. Adakah ia termasuk kesombongan? Nabi SAW menjawab: Sesungguhnya Allah itu baik, Ia suka kepada yang baik. Suka keindahan Dalam hadis riwayat Abu Daud pula menyebut (yang bermaksud): Ada seorang lelaki yang kacak datang kepada Nabi SAW, kemudian ia bertanya: Saya ini sangat suka kepada keindahan dan saya sendiri telah diberi keindahan itu sebagaimana yang tuan lihat sehingga aku tidak suka kalau ada seseorang yang mahu mengatasi aku dengan menyamakan kasutnya. Adakah ini termasuk kesombongan wahai Rasulullah? Jawab Nabi SAW: Tidak! Sebab yang disebut kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan menghina orang lain. Namun Islam tidak suka berlebih-lebihan dalam segala hal. Nabi SAW sendiri tidak suka seorang Muslim yang rumahnya itu penuh dengan lambang kemewahan dan kemegahan kerana berlebih-lebihan itu dicela oleh al-Quran.

Sumber: Berita Harian, 30/9/2012

Hari Koperasi Sekolah

Senamrobik




Pelancaran Hari Koperasi Sekolah


Pelancaran Gelanggang Pentaque


Berita dan Maklumat Semasa



 
 
 

Sukan Rakyat


Perasmian Sukan Tahunan 2012

Perasmian oleh Timbalan PPD
Penyampaian Cendera hati
Perasmian Penutup oleh YB DUN Kota Putera
Penyampaian Cendera hati



Sukan Tahunan 2012


Koleksi Lagu

LAGU WILAYAH PERSEKUTUAN (LAGU BARU) - Maju Dan Sejahtera


Muat turun: Lagu Negeri | Minus One 


Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah
Maju Membangun Dijulang Megah
Aman Sentosa Di Sepanjang Masa
Teguh Disemai Sentiasa

Membara Semangat Setiap Warganya
Cergas Mindanya Semangat Waja
Pada Wilayah Ditumpah Setia
Hormat Hormati Penuh Mesra

Bersatulah
Berbaktilah
Semua Warga Wilayah

Sayangilah
Lindungilah
Sepenuh Jiwa Raga

Kita Jaga Keharmonian Semua
Maju Sejahtera
Wilayah Persekutuan


LAGU NEGERI PERLIS

Muat turun: Lagu Negeri | Minus One 


Amin amin ya Rabaljalil
Doa hamba yang sangat zalil
Kekalkan daulat serta adil
Bagi perintah Jamalullail


LAGU NEGERI KEDAH

Muat turun: Lagu Negeri | Minus One | Lagu Bola


Allah selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta,
Memelihara ugama Nabi kita,
Negeri Kedah serata-rata


LAGU NEGERI PULAU PINANG - Untuk Negeri Kita

Muat turun: Lagu Negeri | Minus One 


Selamat Tuhan kurniakan
Selamat Pulau Pinang
Negeri ku yang mulia
Ku taat dan setia
Aman dan bahagia
Majulah jayalah
Negeri ku yang ku cinta
Bersatu dan bersama
Untuk negeri kita


LAGU NEGERI PERAK

Muat turun: Lagu Negeri | Minus One | Lagu Bola


Dilanjutkan
Allah usianya Sultan
Adil dan murah
Memerintah watan

Ditaati rakyat
Kiri dan kanan
Iman yang soleh
Allah kurniakan

Allah berkati
Perak Ridzuan
Allah selamatkan
Negeri dan Sultan


LAGU NEGERI SELANGOR

Muat turun: Lagu Negeri | Minus One | Lagu Bola


Duli Yang Maha Mulia,
Selamat diatas taktha,
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu,
Bawah duli Tuanku,

Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia..


LAGU NEGERI SEMBILAN

Muat turun: Lagu Negeri | Minus One | Lagu Bola


Berkatlah Yang Di Pertuan Besar
Di Negeri Sembilan
Kurniai sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkati sekalian yang setia
Musuhnya habis binasa

Berkatlah Yang Dipertuan Besar
Di Negeri Sembilan


LAGU NEGERI MELAKA - Melaka Maju Jaya

Muat turun: Lagu Negeri | Minus One 


Melaka Negeri Bersejarah
Tempat tumpah darah kita
Dijunjung dengan sepenuh jiwa
Untuk maju dan jaya
Rakyat Melaka sudah bersatu padu
Berikrar taat setia
Jujur berkhidmat setiap masa
Melaka maju jaya


LAGU NEGERI JOHOR

Muat turun: Lagu Negeri | Minus One 


Allah selamatkan Sultan
Anugerahkan dia
Segala kehormatan
Sihat dan ria
Kekal dan makmur
Luaskan kuasa
Naungkan kami
Rakyat dipimpini bersama lagi
Dengan Merdeka Baru bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.


LAGU NEGERI PAHANG

Muat turun: Lagu Negeri | Minus One 


"Ya Allah Yang Masa Kuasa
Lanjutkan Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur Aman dan Bahagia Sentiasa
Ya Allah Selamatkan Kebawah Duli Raja Kami".


LAGU NEGERI TERENGGANU - Selamat Sultan

Muat turun: Lagu Negeri | Minus One 


Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman


LAGU NEGERI KELANTAN

Muat turun: Lagu Negeri | Minus One | Lagu Bola


Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami
Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan


LAGU NEGERI SARAWAK - Ibu Pertiwiku

Muat turun: Lagu Negeri | Minus One 


Sarawak tanah airku
Negeriku tanah airku Sarawak
Engkaulah tanah pusakaku
Tanah tumpah darahku
Ibu pertiwiku


Rakyat hidup mesra dan bahagia
Muhibbah sentiasa
Bersatu berusaha berbakti
Untuk Sarawakku cintai


Sarawak dalam Malaysia
Aman makmur rahmat Tuhan Maha Esa
Kekal lah Sarawak bertuah
Teras perjuangan rakyat
Berjaya berdaulat


LAGU NEGERI SABAH - Sabah Tanah Airku

Muat turun: Lagu Negeri | Minus One 


Sabah tanahairku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda-pemudi semua marilah,
Bangunlah bersatu semua.


Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah negeri merdeka.

Credit to : ukirancinta.blogspot.com







Lagu Negaraku  Free Download 
    Lagu NegarakuPlay 
    Lagu Negaraku