Nota Geografi Tingkatan 1

Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap kegiatan manusia

1.Malaysia(iklim khatulistiwa)

-panas dan lembab sepanjang tahun.

-kegiatan utama: pertanian, perikanan, pembalakan, pelancongan, dan perlombongan.

-suhu yang rendah(18ºC) di Tanah Tinggi Cameron dan Kundasang menggalakkan penanaman tanaman hawa sederhana.

2. Gurun Thar (iklim gurun panas)

-panas dan kering sepanjang tahun.

-penternakan nomad dijalankan.

-kegiatan pertanian terhad

-Hujan kurang 250mm setahun

-julat suhu harian sangat tinggi( 22ºC hingga 32ºC).

-hidup berpindah randah untuk mencari air.

3. Kawasan Siberia ( iklim jenis Siberia)

-sejuk dan hampir kering sepanjang tahun.

-kegiatan utama penduduk ialah pembalakan, menjerat binatang, dan perlombongan.

-tanaman utama ialah gandum, oat, ubi kentang, dan fleks.

4.Greenland (Iklim Artik)

-iklim sejuk dan kering sepanjang tahun.

-terdapat dua musim yang nyata iaitu musim panas dan sejuk.

-musim sejuk sangat panjang dan musim panas sangat pendek.

-kegiatan utama penduduk ialah menangkap ikan dan memburu binatang.

Majlis temu murni PMR dan SPM

Majlis berlangsung di Dewan Besar SMKT pada hari Ahad ,13 Julai 2008 bermula jam 7.40pagi hingga 10.30pagi. Majlis ini adalah anjuran Projek Kecemerlangan PMR, Projek Kecemerlangan SPM dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.




Program Kesedaran Bahaya Merokok, HIV dan AIDS


Ceramah oleh wakil Pusat Kesihatan
(Cg. Faiz membantu pelajar CP)

Sejarah Sekolah

SMK Tembila mula beroperasi pada 1 Jun 2003. Serahan pihak kontraktor pada 30 Jun 2003. Mesyuarat guru kali pertama berlangsung pada 8 Julai 2003. Pengetua pertama adalah Tuan Haji Abdullah bin Md Noor. Pengerusi Penaja PIBG - Encik Samad bin Daud. Ketua Pelajar pertama Abd. Somad bin Yahya.

Kumpulan pelajar pertama seramai 183 orang mula mendaftar pada 16 Julai 2003. Bilangan kelas yang dibuka adalah 7 kelas.
Tingkatan 1 : 101,102,103 dan 104
tingkatan 2 : 201,202 dan 203.